Pemuda UMNO Selangor Yakin Sock Tao Mampu Bawa Suara Anak Muda – Imran Tamrin

KUALA KUBU BHARU, 7 Mei – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor mengharapkan dan mengalu-alukan seluruh anak-anak muda di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu ini terus berikan keyakinan dan berikan undi kepada calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao pada 11 Mei nanti.

Ketuanya, Datuk Imran Tamrin berkata keyakinan yang diberikan oleh calon Kerajaan Perpaduan dapat mengangkat suara-suara anak muda dalam kerajaan negeri Selangor.

“Saya yakin dan percaya bahawa beliau boleh terus mengangkat suara anak muda. Memastikan pembangunan, insentif dan juga segala usaha kerajaan negeri didalam DUN Kuala Kubu Bharu ini diteruskan.

“Saya merayu dengan rendah diri supaya 11 Mei semua pengundi-pengundi BN baik daripada penyokong PH dan juga seluruh pengundi-pengundi DUN Kuala Kubu Bharu mengangkat calon Kerajaan Perpaduan sebagai calon yang menang di kawasan ini.

“Ini adalah tanggungjawab kita untuk mendukung Kerajaan Perpaduan yang ditubuhkan peringkat kebangsaan, Persekutuan dan negeri Selangor untuk memenangkan calon Kerajaan Perpaduan dari PH kerana kemenangan ini adalah kemenangan bersama BN,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ceramah Mega Perpaduan PRK Kuala Kubu Bharu, di Bandar Baharu Batang Kali, malam tadi.

Turut hadir Ketua Penerangan UMNO Negeri Selangor, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain serta pimpinan Kerajaan Perpaduan.

Untuk rekod PRK DUN KKB diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari dengan hari pengundian bagi PRK berkenaan pada 11 Mei ini manakala pengundian awal pada 7 Mei. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.