PRK KKB: Masyarakat Tahu Mana Kaca Dan Permata, Tolak Yang Tanam Kebencian – Abdul Mutalif

KUALA KUBU BHARU, 6 Mei – Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya, Datuk Abdul Mutalif Abdul Rahim berpandangan masyarakat termasuk kaum India di Kuala Kubu Bharu sekarang semakin matang, bijak dan tahu menilai untuk memilih wakil rakyat mereka.

Malah katanya, rakyat sudah mula sedar bahawa parti lawan hanya menanam kebencian kepada Kerajaan Perpaduan untuk memenangi pilihan raya.

“Masyarakat India di Kuala Kubu Bharu ini sudah cukup bijak, mereka tahu hendak menilai siapa dan mereka juga tahu yang mana kaca dan permata.

“Saya mendoakan pada 11 Mei nanti pastikan dan khususnya warga India keluar beramai-ramai untuk berikan sokongan kepada calon di bawah Kerajaan Perpaduan dan ini juga amanat dari Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din untuk pastikan kami turun padang dan tidak mengira kaum, latar belakang dan paling penting menjaga kebajikan rakyat.

“Dahulu… kami bergaduh dan sekarang boleh bersatu, untuk apa? Nak untuk menjaga rakyat. ‘It is work the talk’ dan bukannya kita ‘Nato’. ‘It is no action talk only and we don’t believe in that’,” katanya kepada UMNO Online, di sini.

Beliau berkata demikian selepas program Malam Perpaduan Sempena Hari Pekerja 2024, Bertempat di Dewan Serbaguna Chuang, Rasa, Kuala Kubu Bharu.

Turut hadir Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din; Ketua Penerangan UMNO Negeri Selangor, Datuk Mohd Zaidy Mohd Zain serta pimpinan UMNO/BN dan Kerajaan Perpaduan.

Calon Kerajaan Perpaduan dari Dap, Pang Sock Tao akan bersaing dengan calon Perikatan Nasional (PN) dari BERSATU, Khairul Azhari Saut, Parti Rakyat Malaysia (PRM) Hafizah Zainuddin dan Nyau Ke Xin calon Bebas.

SPR menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding pagi ini sehingga 11.59 malam, 10 Mei.

Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) bagi PRK Kuala Kubu Bharu adalah sebanyak 40,226 orang terdiri daripada 39,362 pengundi biasa, 625 anggota polis, 238 anggota tentera dan pasangan serta seorang pengundi tidak hadir luar negara. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.