Mesyuarat Cawangan Medan Terbaik UMNO Perkukuh Perjuangan – Rauf

MELAKA, 6 Mei – Mesyuarat peringkat Cawangan UMNO sedang berlangsung sejak bermula 22 April lalu dan dijadualkan hingga 2 Jun depan melibatkan lebih 20,000 cawangan di seluruh negara.

Sehubungan itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Ab Rauf Yusoh menganggap bahawa ruang yang ini adalah medan terbaik perkukuh perjuangan parti.

“Pentas ini juga adalah medan terbaik untuk semua ahli UMNO memperkukuh perjuangan, sambil meningkatkan gerak kerja parti menghadapi pilihan raya akan datang.
Bersatu, Bersetia, Berkhidmat,” katanya dalam hantaran menerusi laman Facebooknya.

Terdahulu beliau yang juga Ketua Menteri Melaka merangkap Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah telah bersama-sama hadir ke Majlis Perasmian Berkelompok UMNO Bahagian Masjid Tanah di Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Masjid Tanah, semalam.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang turut memberikan penerangan berkaitan isu-isu semasa tanah air.

Untuk rekod, selesai persidangan cawangan UMNO akan disusuli mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian, Wanita UMNO Bahagian, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian dan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian akan diadakan bermula 21 Jun 2024 sehingga 29 Julai 2024.

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pula akan diadakan pada 21 sehingga 24 Ogos 2024. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.