Mesyuarat Cawangan Platform Terbaik Bicarakan Masa Hadapan ‘Rumah Kita’ – Bastien

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Mesyuarat cawangan yang sedang berlangsung di seluruh negara pada ketika ini perlu dimanfaatkan sebaiknya, kata Timbalan Ketua UMNO Bahagian Segamat, Datuk Bastien Onn.

Beliau berkata ini kerana ia bagi menjaga kepentingan masa hadapan parti keramat ini untuk meneruskan perjuangan kepada agama, bangsa dan negara.

“Kepada semua perwakilan cawangan UMNO seluruh negara, mesyuarat ini adalah untuk menceritakan soal rumah kita.

“Jangan berasa malu dan segan untuk membincangkan perihal dan mengunjurkan cadangan menambah baik perjalanan parti ini,” katanya ketika dihubungu UMNO Online.

Bastien dalam pada itu berkata ini termasuk dalam memberikan pandangan kepada gerak kerja parti serta teguran kepada kepimpinan parti dalam mengemudi parti.

“Jika kamu hendak menegur kepimpinan setiap lapisan, lakukan dengan cara berhemah dan tanpa ragu.

“… kerana ia akhirnya akan menentukan kedudukan dan masa depan parti ini yang ditubuh untuk orang-orang melayu Islam dan negara Malaysia. UMNO adalah rumah kita. Selamat bersidang,” ujar beliau.

Untuk rekod persidangan Cawangan UMNO telah bermula pada minggu lalu hingga 2 Jun di seluruh negara yang melibatkan lebih 20,000 Cawangan.

Ini akan disusuli mesyuarat peringkat Bahagian, Wanita UMNO Bahagian, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian dan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian pada 21 Jun hingga 29 Julai.

Seterusnya Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pula akan berlangsung pada 21 sehingga 24 Ogos 2024. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.