Azalina Harap Penganjuran Majlis Aidilfitri Erat Silaturahim Pemimpin, Ahli

KUALA LUMPUR, 3 Mei – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said berharap agar penganjuran majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri dapat mengeratkan silaturahim di samping mempertingkatkan ukhwah dalam kepimpinan dan ahli UMNO.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau telah hadir ke majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh Penerangan UMNO dan BNComms, semalam.

“Pada Syawal yang ke-23 hari ini, Penerangan UMNO dan BN Comms telah menganjurkan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri ‘Alamak Raya Lagi…’. Majlis yang berlangsung meriah di Pusat Dagangan Dunia (WTC) ini turut dihadiri oleh kepimpinan-kepimpinan parti.

“Antara tetamu yang hadir termasuk Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek serta Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Datuk Lokman Noor Adam,” katanya.

Jelasnya, beliau turut berharap agar dengan hubungan erat yang terjalin akan terus menguatkan parti menempuh segala cabaran politik.

“Saya berharap majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri seumpama ini dapat terus mempertingkatkan ukhwah serta kemesraan dalam kalangan kepimpinan dan ahli UMNO secara umumnya.

“Dengan hubungan yang erat ini moga parti keramat ini terus gah menempuh cabaran-cabaran politik mendatang dengan penuh semangat kebersamaan dan permuafakatan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut mempengerusikan mesyuarat mengenai Pelaksanaan Kajian Semakan Semula Perundangan E-Dagang dan Usaha Sama Dalam Penggubalan Rang Undang-Undang Keselamatan Digital 2024.

“Petang ini, saya telah mempengerusikan Mesyuarat Mengenai Pelaksanaan Kajian Semakan Semula Perundangan E-Dagang dan Usaha Sama Dalam Penggubalan Rang Undang-undang Keselamatan Digital 2024.

“Mesyuarat yang diadakan di bangunan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Putrajaya itu turut dihadiri oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, YB Datuk Armizan Mohd Ali itu,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.