Program ‘Bicara Ekonomi’ Dapat Memperkasakan Ekonomi Kaum Hawa – Shahrizat

KUALA KUBU BHARU, 2 Mei – Pengerusi Pertubuhan Hal Ehwal Wanita dan Keluarga (HAWA) Malaysia, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menzahirkan penghargaan kepada Menteri
Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz atas kepercayaan yang diberikan  kepada HAWA .

Ini berikutan kejayaan HAWA menganjurkan program ‘Bicara Ekonomi’ kepada seluruh usahawan di Batang Kali.

“Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz kerana memberi kepercayaan kepada HAWA dan juga kepada Persatuan Usahawan Bumiputera Batang Kali untuk menyusun atur program ‘Bicara Ekonomi’,” katanya kepada UMNO Online.

Program ‘Bicara Ekonomi’ diadakan bertempat di BK Dewan Avenue Banquet, Batang Kali melibatkan seramai 150 peserta hadir mendengar penerangan dari menteri berkaitan.

Turut hadir Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Rizam Ismail; Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Mohd Isa Abu Kasim dan peserta Persatuan Usahawan Bumiputera Batang Kali.

Tambah Sharizat, sepanjang beliau menjawat jawatan tersebut terbukti HAWA amat peka untuk memperkasakan lagi wanita terutamanya dalam bidang industri.

“‘Women in trade in industry’ telah diberi perhatian oleh Menteri. Beliau tidak lupa memperkasakan wanita terutama didalam bidang industri yang banyak diceburi oleh kaum hawa sama ada industri kecil mahu pun sederhana.

“Beliau amat memahami bahawa untuk menentukan ekonomi negara lebih stabil malah dinaikkan lagi taraf ekonomi terutamanya pembabitan wanita sama ada industri tempatan mahu pun perdagangan luar negara dan ia amat mustahak,” jelas beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.