Calon Kerajaan Perpaduan Inspirasi Anak Muda, Jentera Penerangan Bersemangat Raih Sokongan – Khairudin

KUALA KUBU BHARU, 2 Mei – Ketua Penerangan UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Mohamad Khairudin Mohamad melahirkan rasa gembira apabila calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) ini adalah seorang anak muda dan mempunyai banyak pengalaman dalam politik.

Ini kerana katanya, anak-anak muda di DUN ini mahukan dari kalangan mereka yang mempunyai bidang akademik baik serta banyak pengalaman dalam bidang politik.

“Calon Kerajaan Perpaduan ini seorang tokoh muda dan berumur 31 tahun mempunyai bidang akademik yang baik, banyak pengalaman dan ada profesionalisme yang baik. Ini sebenarnya merupakan satu perkara positif yang boleh menjadi contoh kerana pengundi muda yang berumur 18 tahun ke atas, mahukan sesuatu inspirasi daripada tokoh-tokoh muda.

“Sudah sampai masanya pengundi-pengundi muda memilih calon Kerajaan Perpaduan kerana disokong oleh Kerajaan Perpaduan dan kerajaan Negeri Selangor serta sudah ada di depan mata. Wajar dijadikan DUN KKB ini calon terbaik dan menjadi calon akan menang,” katanya kepada UMNO Online, di sini.

Mengulas lanjut, beliau mengharapkan jentera Penerangan UMNO dan berusaha keras, bersemangat, ikhlas, lebih kreatif, agresif dan inovatif.

“Kita mahukan jentera Penerangan UMNO bekerja lebih keras, kreatif dan inovatif bagi memastikan kemenangan calon Kerajaan Perpaduan menang pada PRK Kuala Kubu Bharu.

“Setiap gerak kerja yang dibuat perlulah dengan semangat, keikhlasan dan mengenepikan perbezaan, bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat yang sama iaitu mengangkat martabat rakyat dan negeri,” ujarnya.

Seterusnya beliau menyeru kepada semua pengundi agar jangan tersalah pilih lagi.

“PRK ini sebenarnya akan memberi impak pada negeri Selangor dan Malaysia. Kerana itu jangan salah pilih, maka undi calon Pakatan Harapan ((PH) yang mewakili Kerajaan Perpaduan. Dengan populasi penduduk Melayu, Cina, India dan Orang Asli di KKB.

“Pada pengundi-pengundi DUN KKB, takkan mahukan wakil rakyat yang menjadi pembangkang. Kita nak seorang wakil rakyat yang boleh menjadi jambatan pada kerajaan, baik kerajaan negeri Selangor dan kerajaan Malaysia,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.