UMNO Beaufort Prihatin, Teruskan Khidmat Bakti Santuni Rakyat

BEAUFORT, 1 Mei – UMNO sentiasa konsisten sebagaimana slogannya iaitu ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ untuk meneruskan khidmat bakti kepada rakyat dengan mengaktifkan gerak kerja bagi menyantuni masyarakat.

Dalam hal ini, UMNO Bahagian Beaufort terus mendekati rakyat khususnya mereka yang ditimpa musibah dan yang perlukan perhatian.

Ketuanya, Datuk Awang Aslee Lakat memaklumkan bahawa gerakan turun padang dan sentiasa bersama masyarakat setempat dilaksana bukan hanya bagi membantu mereka yang ditimpa kesusahan tetapi juga mereka yang bakal mengadakan kenduri untuk majlis perkahwinan.

“Hal ini dilaksanakan melalui Biro Kebajikan UMNO Beaufort yang dipengerusikan oleh Rashid Mathon yang juga Naib Ketua UMNO Beaufort. Ini adalah usaha berterusan bagi melancarkan gerak kerja demi rakyat.

“Apa yang penting adalah hasrat meringankan beban masyarakat dapat dilakukan kerana dengan iltizam serta semangat bekerja berpasukan, gerak kerja tersusun dan strategi yang tepat maka kejayaan akan dapat dicapai berterusan,” katanya kepada UMNO Online

Beliau memaklumkan bahawa gerak kerja biro terbabit baru-baru ini turut disertai Ketua PDM Fadzlee Lee Abdullah yang juga ahli jawatankuasa UMNO Beaufort bagi menghantar sumbangan kepada beberapa buah keluarga yang dtimpa musibah.

Antaranya ialah di Kampung Rancangan Klias, Kampung Muhibbah Beaufort, Kampung Laba Beaufort dan Kampung Padang Golf Menumbok yang membabitkan keluarga mereka yang baru meninggal dunia.

Selain itu sumbangan turut diberikan kepada Ak Ikhwan Ak Nazaly di Kampung Seberang Menumbok bagi bantuan mengadakan majlis perkahwinan.

“Semoga tiap sumbangan yang diberikan ini akan dapat meringkan beban dan membantu memudahkan urusan. UMNO akan terus berkhidmat demi rakyat,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.