PRK KKB: UMNOSiswa UiTM Kutuk Tindakan Retorik Burukkan UMNO, PN Ketandusan Idea


KUALA LUMPUR, 1 Mei – UMNOSiswa UiTM menyatakan kekecewaan terhadap tindakan kurang ajar yang dilakukan oleh penyokong Perikatan Nasional (PN) ekoran mengubah logo keramat UMNO mengikut selera mereka.

Ketua Perhubungan Zon Selatan UMNOSiswa UiTM, Muhammad Syah Ilmal Sujidin berkata sikap ini bukan sahaja menimbulkan ketegangan dalam arena politik, malah merosakkan kepercayaan masyarakat terhadap proses demokrasi.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya retorik menghina dan memburukkan parti atas asas tidak mempunyai ideologi yang sama.

“Sebagai sebuah parti yang berlandaskan undang-undang seharusnya mengutamakan kemaslahatan rakyat bukan hanya dengan membuat sentimen yang boleh meruntuhkan nilai saling hormat-menghormati dalam politik, bukannya menyerang dan menghina antara satu sama lain.

“PN mesti bertanggungjawab dan berhati-hati terhadap kata-kata dan tindakan mereka, mereka perlu menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan berkaitan hal terbabit.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan bahawa UMNOSiswa UiTM menyeru semua parti politik untuk menjaga etika.

“UMNOSiswa UiTM menyeru semua parti politik supaya menjaga etika dalam politik dan mengelakkan sikap yang merosakkan ketenteraman demokrasi. Berpolitiklah dengan cara yang matang, perubahan ini perlu untuk kita mengekalkan keamanan dalam negara yang tercinta ini,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.