Berniat Jahat, Cubaan Cetus Huru-hara… Imran Tamrin Gesa SPR Ambil Tindakan

KUALA KUBU BHARU, 30 April – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor telah pun membuat satu laporan polis di Kuala Kubu Bharu semalam.

Ketuanya, Datuk Imran Tamrin memaklumkan ia dibuat ekoran kesalahan di bawah Akta Pilihan Raya 1954 dan perlu diambil tindakan segara.

“”Secara khususnya sepanduk yang berlambangkan keris ditukarkan dengan logo roket Dap. Ia dapat dilihat di media-media, gambar dan juga siaran langsung dari kalangan dan penyokong PN semasa perarakan penamaan calon yang mana pihak PN telah membawa sepanduk tersebut. 

“Saya percaya ini adalah satu kesalahan di bawah seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya dan Pemuda UMNO membuat laporan polis tersebut supaya pihak polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) segera mengambil tindakan terhadap isu ini.

“Pemuda UMNO Negeri Selangor percaya ianya dilakukan penyokong-penyokong Perikatan Nasional (PN) secara sengaja dan berniat jahat untuk mengembangkan perasaan yang tidak puas hati dan boleh memberikan kelebihan undi pada PN kerana ianya memberikan kesan langsung kepada pengundi-pengundi Kerajaan Perpaduan daripada kalangan UMNO dan Dap,” katanya. 

Turut hadir Exco Pergerakan Pemuda UMNO Shah Zanuriman, Naib Ketua Pemuda UMNO Hulu Selangor, Rahimi Saliman dan exco-exco bahagian UMNO Hulu Selangor. 

Mengulas lanjut, Imran berharap perkara sebegini tidak lagi dimainkan dalam tempoh kempen pilihan raya.

“Pemuda UMNO dan Barisan Nasional (BN) Negeri Selangor percaya bahawa semua parti yang bertanding berhak apa jua isu dan permasalahan untuk memenangi hati rakyat tetapi dalam konteks yang teratur daripada segi undang-undang.

“Kita sama-sama membawa naratif politik yang progresif dan bukan adu domba serta bukannya fitnah, kita tidak mahu perkara-perkara seperti yang dibuat oleh PN dan percaya ia perlu diambil tindakan dengan segera,” ujarnya lagi. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.