UMNO Pulau Pinang Zahir Dukacita Nahas Udara TLDM

KUALA LUMPUR, 24 April – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir menzahirkan rasa sedih dan dukacita di atas tragedi yang melibatkan pertembungan dua buah helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Menerusi catatan di Facebooknya beliau berkata, dukacita dengan insiden yang telah mengorbankan 10 kru yang juga anggota TLDM tersebut.

“Turut berdukacita dari pihak saya selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau dan seluruh Ahli UMNO Negeri Pulau Pinang buat kesemua keluarga mangsa helikopter Fennec dan M503-3 TLDM. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat mangsa yang beragama Islam dan diucapkan salam takziah buat yang lainnya.

“Kesemua mangsa tersebut terlibat dalam raptai Hari Terbuka Armada TLDM membabitkan pesawat HOM (M503-3) dan pesawat Fennec.”

Semalam disahkan 10 orang mangsa terkorban dalam tragedi melibatkan pertembungan dua buah helikopter milik TLDM di Pangkalan TLDM, di Lumut, Perak.

Insiden ini berlaku ketika raptai Perbarisan Hari TLDM pada jam 9.32 pagi yang melibatkan dua buah helikopter TLDM jenis Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan helikopter FENNEC dan mengorbankan 10 anggota TLDM, masing-masing tujuh kru HOM-AW139 TLDM dan tiga kru FENNEC TLDM. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.