Nilai Semula Pengerusi Bersama MTPN Kedah, Wujudkan Keserasian Pusat Dan Negeri

KUALA LUMPUR, 21 April – UMNO Kedah melihat sudah hampir empat tahun Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor  menjadi Menteri Besar Kedah dan beberapa tahun juga beliau  meratibkan idea The Greater Kedah yang ingin menjadikan negeri berkenaan sebuah bandar kelas antarabangsa menjelang tahun 2035.

Namun bagi Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, prestasi semasa Sanusi yang tidak habis berkelahi dengan persekutuan, mungkin negeri berkenaan tidak akan menjadi The Greater Kedah.

Menurut beliau usaha-usaha semasa kerajaan persekutuan juga kebanyakkan menjadi lambat, tertangguh serta dipolitikkan dan contoh paling ketara adalah lima projek Loji Rawatan Air (LRA) termasuk LRA Bukit Selambau yang tertangguh.

“Asas dan punca sebenar kepada isu ini adalah disebabkan hubungan kerajaan persetukuan dan kerajaan negeri yang tidak sehaluan dan tidak selari. Akhrinya, akan lebih banyak bergaduh daripada bekerja, lebih banyak buat salah daripada cari solusi. Akhirnya rakyat menderita.

“Oleh sebab itulah, jawatan Pengerusi Bersama bagi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPN) Kedah ini perlu diberikan kepada seseorang individu yang mempunyai hasrat dan hala tuju yang selari dengan kerajaan persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sejujurnya, tambah Shaiful yang juga Ketua UMNO Merbok, individu yang paling layak untuk memegang jawatan ini adalah Datuk Seri DiRaja Mahdzir bin Khalid (Tok Det) yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah.

“Ini demi memastikan hubungan yang baik antara kerajaan persekutuan dan negeri sentiasa berjalan baik.

“Apabila kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan mempunyai hubungan yang baik, projek projek kerajaan persekutuan yang dilaksanakan di negeri Kedah seperti Projek Pembangunan Kuaters KKM Ayer Langat dan Pembinaan Mahkamah Baru di Sik sudah pasti akan berjalan dengan lancar.

“Konsep ’check and balance’ juga akan lebih telus kerana kedua kedua pihak akan lebih terbuka untuk mengemukakan kritikan dan teguran tanpa perlu risau apa apa perkara,” tambahnya.

Selain itu, tambah beliau lagi, hanya UMNO sahaja yang mempunyai akar umbi yang kukuh dalam JPKKP di seluruh negeri Kedah yang sudah pasti akan memudahkan urusan pentadbiran MTPN untuk menyelesaikan isu rakyat.

“Kerajaan Perpaduan dan Datuk Seri Saifuddin Nasution sepatutnya menggunakan UMNO yang mempunyai pengalaman pembangkang di negeri Kedah sebaiknya. Rakyat hendak lihat kerjasama yang baik antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri,” ujarnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.