Tradisi Rewang Sambutan Aidilfitri Eratkan Hubungan, Kukuhkan Permuafakatan Antara Satu Sama Lain

REMBAU, 20 April- Rumah Terbuka Aidilfitri di Rembau masih mengekalkan tradisi merewang atau gotong-royong kata Ahli Parlimen Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau yang juga Menteri Luar Negeri dan Timbalan Presiden UMNO menyifatkan ia satu keunikan yang dikekalkan dalam Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran pihaknya di daerah itu.

“Ini merupakan salah satu tradisi kita…tradisi gotong-royong atau merewang …pada masa sama tentunya dapat mengeratkan persahabatan serta  persaudaraan  antara satu sama lain.

 

”Saya juga ingin mengucapkan terima kasih semua yang membantu menjayakan majlis kali ini dan juga kepada seluruh mereka yang hadir memeriahkan majlis pada hari ini,” katanya. 

Katanya lagi kerjasama yang diterima daripada penduduk kampung sejak Selasa lepas dalam persediaan menjayakan majlis berkenaan.

Antara juadah unik yang dihasilkan ialah Lompap atau Gulai Tulang menjadi antara juadah tarikan rumah terbuka itu.

Lebih 30,000 pengunjung yang hadir memeriahkan majlis tersebut.

Menerusi majlis seumpama itu ia dapat mengeratkan silaturahim selain mewujudkan sikap toleransi dalam kalangan masyarakat.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, seluruh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan dan rakyat negeri sembilan. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.