PRK Kuala Kubu Bharu: Calon Adalah Daripada Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid

BAGAN DATUK, 20 April – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu adalah daripada Kerajaan Perpaduan.

Jelasnya, beliau beranggapan bahawa semua parti politik dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai kaedah tersendiri bagi memastikan kemenangan calon itu kelak.

“Kami telah mengadakan mesyuarat sektretariat Kerajaan Perpaduan pada hari Rabu yang lalu. Kita akan meletakkan calon daripada Kerajaan Perpaduan.

“Tentunya semua parti-parti politik di dalam Kerajaan Perpaduan akan mempunyai kaedah tersendiri bagi membantu kemenangan calon Kerajaan Perpaduan,” katanya ketika ditemui para pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka peringkat Parlimen Bagan Datuk.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei 2024 dengan 27 April 2024 sebagai hari penamaan calon.

Hari pengundian awal ditetapkan pada 7 Mei 2024 dengan tempoh berkempen selama 14 hari.

Tempoh berkempen bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding pada 27 April 2024 sehingga jam 11.59 malam, 10 Mei 2024. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.