Majlis Rumah Terbuka Bagan Datuk Disambut Meriah, Raikan Penduduk Setempat

BAGAN DATUK, 20 April – Majlis Rumah Terbuka peringkat Parlimen Bagan Datuk diadakan dengan meriah bagi meraikan penduduk yang berada di sekitar Parlimen tersebut.

Bermula pada jam 8.00 malam, Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah tiba dan menyambut para tetamu yang hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

Pelbagai juadah telah disediakan termasuklah soto, satay, laksa, kuih muih dan bermacam-macam lagi.

Ucapan ringkas daripada Ahli Parlimen Bagan Datuk merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah diadakan dan disusuli dengan ucapan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Selain itu, beliau turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang menghadiri majlis rumah terbuka tersebut.

Ternyata dengan adanya Majlis Rumah Terbuka peringkat Parlimen Bagan Datuk ini, semangat perpaduan dapat dieratkan seutuhnya memandangkan pelbagai kaum turut berhimpun bersama-sama bagi meraikan hari raya Aidilfitri.

Turut hadir ke majlis ini ialah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Sumali Reduan, Ketua-Ketua UMNO Bahagian Perak, Pengerusi Perhubungan Negeri-Negeri dan para kepimpinan UMNO setiap peringkat. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.