Bertenang, Tidak Perlu Buat Tuduhan Melulu – UMNO Kedah

KUALA LUMPUR, 20 April – Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berharap mana-mana pihak khususnya ahli UMNO seluruh negara tidak membuat tuduhan melulu berhubung Titah Adendum membenarkan Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani tahanan rumah.

Menurut beliau dalam keadaan hari ini yang timbul pelbagai reaksi  daripada perkara berkenaan berikutan pengesahan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, semua pihak seharusnya bertenang.

“UMNO Kedah berharap seluruh  akar umbi agar bertenang dan tidak membuat sebarang pertuduhan melulu kepada mana-mana pihak berhubung wujud Titah Adendum membenarkan Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani tahanan rumah.

“Pelbagai reaksi mengenai pendedahan ini (telah timbul). Namun satu perkara yang saya minta seluruh akar umbi untuk perlu tahu bahawa Presiden UMNO sudah membuktikan keikhlasan beliau untuk mendapatkan keadilan buat Najib,” katanya dalam satu kenyataan.

Kata beliau lagi tidak perlu mana-mana pihak untuk menuding jari apatah lagi ‘mengkambinghitamkan’ pihak-pihak tertentu.

“Kita tidak perlu pertanggungjawabkan atau ‘mengkambing hitamkan’ mana-mana pihak…Kita perlu bertenang dan tidak perlu membuat sebarang pertuduhan melulu kepada mana-mana pihak,” ujarnya.

Memetik laporan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilapor mengikrarkan afidavit bagi menyokong permohonan Najib mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum atau tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.