Akar Umbi UMNO Terus Bersemangat Teruskan Wadah Perjuangan

KUALA LUMPUR, 20 April – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki percaya dan yakin ahli parti pelbagai peringkat termasuklah di akar umbi akan terus istiqamah dengan perjuangan parti berkenaan.

Berkongsi perkara itu menerusi Facebooknya, beliau yang turun padang di Bagan Serai hari ini melahirkan rasa terharu dengan komitmen serta kesungguhan ahli akar umbi pada majlis perasmian Mesyuarat Kelompok Empat Peringkat UMNO bahagian terbabit.

“Dari Bagan Datuk malam tadi, pagi ini di bumi Bagan Serai, Perak bagi perasmian Mesyuarat Kelompok Empat Peringkat Cawangan-Cawangan UMNO Bahagian Bagan Serai.

“Pada masa yang sama turut diadakan pencerahan Isu-Isu semasa bersama ahli-ahli akar umbi UMNO bertempat di Dewan Datuk Zainal Abidin Zin, di sini,” katanya.

Katanya lagi pertemuan secara bersemuka itu secara tidak langsung dapat bertukar pandangan selain berkongsi pencerahan isu-isu semasa.

“Alhamdulillah…dapat bertukar-tukar padangan dan menjawab soalan secara terus daripada ahli-ahli akar umbi parti mengenai isu-isu semasa. Terima kasih Datuk Sham Mat Sahat , Ketua UMNO Bahagian dan kepimpinan UMNO Bagan Serai atas undangan.

“Semoga kita terus istiqamah dalam mempertahankan wadah perjuangan parti keramat Melayu UMNO ini demi agama, bangsa dan negara,” tambahnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.