Inter-Parliamentary Union (IPU) Buka Ruang Kongsi Pandangan Antara Ahli Parlimen – Jalaluddin

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Perhimpunan Inter-Parliamentary Union (IPU) kali ke-148 membuka ruang kepada seluruh ahli Parlimen untuk melontarkan cadangan dan sebagainya di peringkat antarabangsa.

Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias yang kini  berada di Geneva, Switzerland bersama dengan delegasi Ahli Parlimen Malaysia yang lain berkata ruang yang ada itu digunakan sebaik mungkin dan masing-masing dapat bertukar pandangan.

“Saya juga telah mengadakan perbincangan dengan Ketua Setiausaha IPU dan AIPA. IPU (Inter-Parliamentary Union) ialah organisasi global Parlimen negara, memperkasakan Parlimen dan ahli Parlimen untuk menggalakkan keamanan, demokrasi dan pembangunan mampan.

“AIPA atau ASEAN Inter-Parliamentary Assembly ialah organisasi kerjasama antara Parlimen-parlimen di 10 negara anggota ASEAN,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Delegasi yang lain terdiri daripada Senator Datuk Seri Zurainah Musa, Ir. Ts. Khairil Nizam Khirudin (Ahli Parlimen Jerantut), Datuk Verdon Bahanda (Ahli Parlimen Kudat) dan Wong Chen (Ahli Parlimen Subang). – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.