Hargai Perkhidmatan APM, Semakin Dekat Di Hati Rakyat – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan penghargaan kepada Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang menyambut ulang tahun penubuhan badan beruniform tersebut ke-72.

Menurut beliau sebagai menteri yang menjadi peneraju kepada APM, melihat kemajuan organisasi ini adalah sesuatu yang amat membanggakan.

“APM bukan baru buat saya memimpinnya malah sejak tahun 2015 saya telah melihat potensi yang besar untuk ditelusuri oleh sebuah agensi yang amat penting dan semakin dekat di hati masyarakat.

“Saya melihat sepanjang tujuh dekad ini, APM telah berkhidmat dengan dengan cemerlang dan penuh dedikasi sebagai barisan hadapan dalam pengurusan bencana dan khidmat kemanusiaan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Bertepatan dengan tema “Kesepaduan Teras Perkhidmatan Pertahanan Awam”, beliau juga mengharapkan APM untuk bergerak selangkah ke hadapan dalam meningkatkan “National Resilience” demi keamanan dan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.

“Teruskan berkhidmat, teruskan memberi bakti kepada rakyat Malaysia. Tenaga yang dicurahkan, kami zahirkan rasa terima kasih buat semua warga APM atas segala pengorbanan dan komitmen yang diberikan,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.