Isu Kalimah Allah: Akmal Luah Syukur Ketegasan Ditunjukkan MKT UMNO

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Muhamad Akmal Saleh meluahkan kesyukuran dengan ketetapan dan ketegasan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO membabitkan isu stoking yang tertera isu kalimah Allah.

Beliau meluahkan penghargaan kepada barisan MKT kerana bersama dengan Pemuda UMNO dan seluruh rakyat Malaysia terutama orang Islam di negara ini untuk mempertahankan isu kalimah Allah.

“Sudah selesai mesyuarat MKT UMNO dan syukur alhamdulillah semua MKT telah sebulat suara bersetuju menyokong tindakan Pemuda UMNO untuk mempertahankan isu kalimah Allah di stoking tersebut di KK Mart.

“Mereka semua setuju bahawa tindakan yang keras perlu diambil dan insya-Allah Pemuda UMNO tidak akan berganjak walau seinci walaupun ditolak ataupun ditekan oleh mana-mana pihak,” katanya menerusi hantaran video di Facebook.

Dr Akmal yang juga Ketua UMNO Bahagian Jasin dalam pada itu berkata pihaknya tidak akan membenarkan mana-mana pihak mengentuh berkenaan agama Islam, bahasa Melayu dan raja-raja Melayu.

“Sama ada rakan ataupun lawan kami boleh jadi kawan, tidak ada masalah apa sekalipun tetapi jangan sesekali mempermainkan tiga prinsip kami tersebut,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.