Imarahkan Ramadan, UMNO Putrajaya Santuni Rakyat Dengan Acara Tradisi ‘Serunding KuNan’

KUALA LUMPUR, 22 Mac – Bendahari UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merealitikan kebersamaan UMNO dan rakyat setiap masa termasuklah mengimarahkan bulan Ramadan.

Katanya, biarpun tidak lagi bergelar wakil rakyat dan bukan ahli Parlimen tempatan atau tidak lagi menyandang jawatan menteri namun semua itu bukan alasan untuk UMNO terus menyantuni orang ramai.

Dalam hal ini, beliau meneruskan acara tradisi bagi UMNO Bahagian Putrajaya dengan mengedarkan serunding kepada para penduduk tempatan.

“Keberadaan UMNO adalah kerana sokongan dari akar umbi maka kita sentiasa berusaha mengeratkan silaturrahim, memperkukuh perpaduan dan melaksanakan apa-apa program termasuklah agihan serunding dalam konsep kekeluargaan.

“Hal ini dilaksanakan secara bersama yang melibatkan anggota jawatankuasa UMNO dan kepeimpinan cawangan-cawangan UMNO setempat bagi membantu menyalurkan agihan serunding terus ke pintu-pintu rumah penduduk setempat,” katanya kepada UMNO Online.

Ujarnya, semangat dan kesatuan UMNO dalam apa-apa ruang perlu diteruskan dengan mengaplkasi pelbagai pendekatan yang ada.

“Bulan Ramadan ini adalah ruang terbaik untuk kita memanfaatkannya iaitu bukan sahaja meningkatkan ibadah tetapi juga menyemarakkan semangat perjuangan kerana matlamat kita adalah demi agama, bangsa dan negara.

“UMNO ini tetap teguh kerana kita berpaksikan asas dan tujuan yang nyata, malah menjunjung agama kita dalam ruang lingkup kehidupan secara holistik,” katanya.
Sehubungan itu, Tengku Adnan merakamkan penghargaan dan berterima kasih kepada semua pihak yang menjadikan Ramadan sebagai platform mempererat perpaduan.

“Kepimpinan UMNO ada dimana-mana sahaja dan kita melaksanakan amanah dengan ikhlas atas nama agama dan perjuangan bangsa demi tanah air tercinta. Moga kita terus istiqamah meneruskan kesinambungan perjuangan kepada lapisan anak cucu bangsa, insya-Allah.”

Dalam masa yang sama, Tengku Adnan turut melahirkan penghargaan kepada jentera UMNO di Bahagian Putrajaya yang tidak pernah kenal lelah meneruskan gerak kerja.

“Kita bekerja tak banyak alasan. Mana yang boleh kita akan usahakan untuk bantu dan salurkan apa-apa keperluan kepada kerajaan kerana apa-apa kesan akibat kegagalan ahli Parlimen memberi kesan langsung kepada rakyat. UMNO tidak akan sanggup membiarkan rakyat hidup dalam keresahan,” katanya lagi.

Terdahulu, beliau memaklumkan bahawa agihan serunding yang dikenali ‘serunding KuNan’ diagihkan secara berperingkat mengikut kawasan.

“Terima kasih kepada ahli jawatankuasa UMNO Putrajaya, Wanita, Pemuda dan Puteri bahagian yang menjadi tenaga penggerak melancarkan pemberian ini menyantuni komuniti setempat. Alhamdulillah.

“Moga serunding diberi dapat menjadi juadah di meja apabila berbuka puasa moga kita sama-sama dapat meningkatkan ibadah kita kepada Allah SWT, insya-Allah,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.