Ahmad Zahid Ucap Selamat Menyambut Hari Wilayah, Terapkan Semangat Kemasyarakatan


KUALA LUMPUR, 1 Feb – Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan Selamat Hari Wilayah yang ke-50 kepada seluruh warga Wilayah Persekutuan di Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan.

“Dengan bertemakan “Wilayah MADANI, Rakyat Harmoni”, saya berharap dapat menerapkan semangat kemasyarakatan yang utuh di kalangan masyarakat agar kita dapat terus menikmati suasana yang harmoni malah berupaya untuk tumbuh dengan lebih pesat demi generasi baru,” katanya dalam hantaran menerusi laman Facebooknya, hari ini.

Hari Wilayah Persekutuan disambut pada 1 Feb setiap tahun bagi memperingati pengisytiharan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan dan tahun ini merupakan sambutan kali ke-20 sejak diperkenalkan pada 2004.

Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1974 manakala Labuan pada 1984 dan Putrajaya pada 2001. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.