Mohamad Santuni Warga Emas Kaum Tionghua, Sampaikan Bantuan Tahun Baharu Cina

KUALA LUMPUR, 31 Jan – Timbalan Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan baru-baru ini berbesar hati menyantuni warga emas daripada kaum Tionghua sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang akan disambut pada bulan hadapan.

Meskipun kesibukan menggalas tanggungjawab kepada negara sebagai Menteri Luar, beliau tetap bersama-sama meluangkan masa dengan turun padang menemui mereka secara bersemuka.

Di samping bertanya khabar, Mohamad juga turut sama menyampaikan bantuan keperluan asas bagi memberikan keceriaan kepada mereka untuk meraikan sambutan tahun baharu ini.

“Ambil peluang dalam masa yang terhad untuk menyampaikan bantuan dan sumbangan kepada warga emas dari kaum Tionghua yang berumur 70 tahun ke atas, sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2024 yang bakal tiba.

“Majlis bermula di Dewan Persatuan Cina Kuala Sawah dan kemudian ke majlis kedua di Dewan Orang Ramai Pekan Rantau.

“Semoga bantuan barang-barang makanan ini dapat menceriakan warga-warga emas yang akan menyambut tahun baru mereka tidak lama lagi,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Sambutan Tahun Baharu Cina pada tahun ini bakal disambut pada 10 dan 11 Februari depan menyaksikan bermulanya Tahun Naga yang dianggap sebagai tahun amat bagus untuk melahirkan anak. Hal itu kerana naga ialah satu-satunya binatang mitos dalam zodiak Cina yang merupakan simbol kuasa dan keunggulan. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.