Kesedaran Pengurusan Dorong Puteri UMNO Anjur Program Bengkel Wanita Bijak Kewangan

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Kepentingan pengurusan kewangan dalam kalangan wanita muda mendorong Pergerakan Puteri UMNO menganjurkan program Bengkel Wanita Bijak Kewangan 2024.

Dianjurkan oleh Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan, Biro Ekonomi Puteri UMNO, Puteri Lembah Pantai dan The Women Agenda ianya bagi meningkatkan tahap kesedaran kelompok ini supaya lebih celik ilmu dan bijak menguruskan kewangan persendirian.

Diadakan di Auditorium Menara Dato Onn, program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para peserta, yang rata-ratanya teruja dengan ilmu pengurusan kewangan daripada panel yang berpengalaman iaitu Dr Rosnah Zin dan Katrina Doshi.

“Bengkel ini dianjurkan bagi memberi inisiatif kepada wanita muda menceburi pengurusan kewangan dengan bijak. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua peserta yang terlibat,” menerusi satu kenyataan di hantaran Instagram.

Kepimpinan UMNO juga turut berbesar hati menghadiri program ini antaranya, Naib Presiden, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Tengku Azman Tengku Zainol Abidin; Ketua Bahagian Lembah Pantai, Tengku Zuhri Tengku Abdul Aziz dan Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.