UMNO Sinonim Dengan Budaya Menjaga Kebajikan Rakyat – Bung Moktar

KINABATANGAN, 26 Jan – Program kemasyarakatan dan khidmat bakti merupakan gerak kerja utama bagi UMNO dan bukannya dilaksanakan semata-mata untuk persediaan bagi berdepan pilihan raya.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, gerak kerja bersama rakyat telah sebati dalam UMNO selama ini tanpa mengira musim terutamanya menziarahi mereka yang ditimpa musibah, sakit atau kematian.

“Amalan ini telah lama kita laksanakan tanpa musim, tanpa mengira fahaman politik dan melalui program ziarah ini kita mahu menjadi sebuah parti politik yang sentiasa dekat di hati rakyat,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan program ziarah di beberapa buah rumah di kawasan DUN Lamag baru-baru ini.

Bung yang juga Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan meminta agar semua bahagian-bahagian UMNO di negeri ini sentiasa mengaktifkan program ziarah tanpa mengira masa dan kumpulan sasaran kerana kegiatan ini boleh merapatkan hubungan kepimpinan parti dengan pengundi di peringkat akar umbi.

Katanya, kepimpianan UMNO di semua bahagian perlu memainkan peranan aktif menjayakan program-program kemasyarakatan jika tidak mahu parti itu dilebal sebagai parti bermusim iaitu hanya aktif pada saat-saat menghadapi PRN atau PRU.

Menurut Bung sejak dahulu dan selama-lamanya UMNO memang dikenli sebagai sebuah parti yang sentiasa menjaga kebajikan rakyat terutamanya masyarakat luar bandar yang kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan.

“Melalui program-program ziarah ini kita dapat menyelami masalah rakyat dan disuarakan kepada pihak berkenaan, walaupun di peringkat negeri kita tidak memegang kuasa pemerintahan namun itu bukan alasan bagi para pemimpin serta ahli UMNO untuk tidak meneruskan usaha berbakti kepada rakyat,” katanya.

Bung menambah kuasa pemerintah bukanlah prasyarat untuk menabur bakti kepada golongan yang memerlukan. – UMNO Online

Oleh: Jaafar Abd Wahid

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.