Selenggara Kuarters Kerajaan: Ahmad Maslan Akan Bawa Ke Mesyuarat Kementerian, Sedia Peruntukan Sewajarnya

LABUAN, 24 Jan – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan akan membawa isu penyelenggaraan kuarters kerajaan di Sabah ke mesyuarat kementerian agar peruntukan sewajarnya dapat disediakan.

Jelasnya, kita perlu mempunyai mentaliti penyelenggaraan kerana setiap infrastruktur akan mengalami kerosakan sekiranya telah dibina dalam tempoh masa yang lama.

“Menyatakan bahawa kita di Malaysia ini membina… umum sana, sini kita membina jalan, bangunan dan sebagainya. Tetapi, kita tidak pernah memikir untuk penyelenggaraan setelah jalan, jambatan dan bangunan itu dibina.

Maintenancenya bagaimana kerana sebagai manusia juga apabila semakin berumur, semakin macam-macam. Bangunan begitu juga, jalan begitu juga. Semakin berumur semakin ada kerosakan.

“Itu perlu ada mentality maintenance. Terima kasih kerana mengingatkan. Saya akan ingatkan dalam mesyuarat-mesyuarat utama kementerian supaya kita ada peruntukan-peruntukan untuk penyelerenggaraan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diundang sebagai tetamu dalam siri podcast ‘masa.rehat’ yang di muat naik di platform TikTok.

Episod podcast tersebut turut di acarakan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Mohd Rafi Alli Hassan.

Terdahulu, Mohd Rafi memaklumkan di dalam podcast tersebut bahawa beliau telah meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) di Labuan untuk melihat semula rumah-rumah kakitangan kerajaan yang perlu diselenggara dan dinaiktaraf.

Ini kerana katanya, kuarters dan rumah-rumah kakitangan kerajaan ini dibina oleh JKR dan kurang diselenggara selepas lama dibina. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.