Mohd Rafi Hargai Penglibatan Wanita UMNO Malaysia Santuni Orang Labuan

KUALA LUMPUR, 23 Jan – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan merakamkan penghargaan kepada Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang berbesar hati ke Labuan dalam siri lawatan kerja yang dilakukan baru-baru ini.

Beliau berkata, penyertaan akar umbi bahagian dan Wanita UMNO pada Program Peduli Rakyat UMNO Bahagian Labuan memberikan manifestasi tersendiri kepada khidmat bakti berterusan yang dilakukan parti keramat ini dalam menyantuni rakyat.

“Syukur alhamdulillah dan terima kasih saya ucapkan kepada Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Noraini di atas kesudian bersama-sama dalam Program Peduli Rakyat UMNO Bahagian Labuan.

“YB Datuk Noraini diiring oleh rombongan Wanita UMNO Wilayah Persekutuan dan Wanita UMNO Labuan.

“Terima kasih juga kepada Seketeriat Kebajikan UMNO labuan yang sentiasa komited menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya program Peduli Rakyat UMNO Labuan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Dalam pada itu beliau turut sama meluahkan keterujaan kepada Wanita UMNO Malaysia yang selama ini memainkan peranan penting dalam perjalanan parti.

“Insya-Allah Wanita UMNO yang sentiasa menjadi tulang belakang UMNO akan sentiasa menyantuni Rakyat demi memastikan UMNO terus dekat di hati rakyat,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.