Tengku Zafrul Teruja Lihat Anak Muda Sertai Aktiviti Rewang, Amalan Tradisi Hidup Bermasyarakat

KUALA LUMPUR, 22 Jan – Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz meluahkan keterujaan beliau melihat acara rewang atau aktiviti gotong royong masih masih dilaksanakan dalam kalangan mesyarakat.

Beliau berkata ini kerana amalan rewang seumpama ini yang semakin dilupakan generasi hari ini.

Perkongsian itu dilakukan beliau ketika menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Sri Gambut Jalan Kebun yang menyaksikan proses pelaksanaan rewang itu dilakukan oleh golongan muda.

“Saya bertanya khabar dengan hero-hero dan heroin-heroin di dapur semasa walimatulurus di Sri Gambut.

“Persiapan kenduri ni dibuat secara rewang, bermakna semua persediaan termasuk makanan disediakan secara gotong-royong oleh keluarga besar pengantin, saudara-mara dan masyarakat kampung. Paling istimewa di sini adalah Sambal Goreng Jawa keluarga Haji Kunting.

“Di banyak tempat lain, amalan rewang ni sudah jarang jumpa, tapi saya dimaklumkan di sini ia masih amalan biasa. Alhamdulillah semoga generasi baru akan terus menghidupkan amalan tradisi ini yang merupakan lambang kerukunan hidup bermasyarakat orang kita,” kata beliau.

Keterujaan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkongsi beliau ketika menghadiri majlis sempena perkahwinan anak Mohd Rohalim Mairin @ Kunting dan Mesra Sofa Borhan yang berlangsung, semalam.

“Memandangkan pagi tu baru lepas lari di KBS x KL Car Free Morning Challenge, perut pun lapar, masakan pun sedap sebab masak sendiri, alhamdulillah berselera makan.

“Terima kasih tuan rumah atas jemputan dan kepada pasangan pengantin saya ucapkan Selamat Pengantin Baru, moga jodoh berpanjangan dan berbahagia ke anak cucu,” katanya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.