SUA Teruskan Jelajah Ke UMNO Lumut, Diskusi Isu Semasa Bersama Akar Umbi

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meneruskan siri jelajah bertemu kepimpinan bahagian dalam usaha mengukuhkan lagi parti keramat ini.

Setelah ke UMNO Bahagian Tanjung Malim hujung minggu lepas, hari ini beliau ke UMNO Bahagian Lumut bertemu dengan akar umbi untuk berdiskusi hala tuju parti dan isu-isu semasa negara.

“Minggu ini meneruskan Jelajah Bertemu Akar Umbi bagi sesi penerangan ke UMNO Bahagian Lumut bertempat di Dewan Majlis Perbandaran Manjung, Lumut. Perak.

“Sesi yang sangat interaktif, menerima lebih 20 soalan secara terus dari ahli akar umbi berkenaan isu-isu terkini yang mengharapkan pencerahan berkaitan situasi politik semasa,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Turut hadir pada majlis itu adalah Ketua UMNO Bahagian Lumut Senator Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta kepimpinan UMNO Bahagian Lumut.

Dalam pertemuan itu Dr Asyraf turut berharap agar pemerkasaan parti dilaksanakan berterusan demi agenda agama, bangsa dan tanah air. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.