Ziarah: Noraini Doa Agar Latipah Dipermudah Segala Urusan, Diberi Kesembuhan Segera

MASJID TANAH, 18 Jan – Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad mendoakan agar bekas Ketua Wanita UMNO Negeri Melaka, Datuk Latipah Omar dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesembuhan segera.

Jelasnya, beliau turut menzahirkan rasa syukur apabila melihat keadaan kesihatan Latipah yang semakin baik.

“…yang sentiasa ada adalah semangat untuk terus berbakti kepada parti, agama, bangsa dan negara. Tahun lepas, ketika mula-mula mendapat berita Datuk Latipah Omar dimasukkan ke hospital, saya dan rakan-rakan singgah untuk menziarahi dan melihat sendiri keadaan beliau.

“Semalam, kami sekali lagi berkesempatan singgah di rumah beliau yang terletak Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka. Alhamdulillah keadaan beliau semakin baik,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Menurutnya, beliau turut menyampaikan salam daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mendoakan agar beliau terus sihat dan dapat bersama dalam program parti.

“Saya turut menyampaikan salam dari Presiden yang mendoakan agar beliau terus sihat dan dapat kembali bersama dalam program parti.

“Didoakan semoga dipermudahkan segala urusan perubatan dan diberi kesembuhan segera buat beliau,” katanya.

Terdahulu, beliau hadir di Universiti Teknikal Melaka (UTeM) bagi memenuhi jemputan Naib Canselor UTeM ke Majlis Pelancaran Program ‘TVET Place & Train UTeM@KPT’ yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

‘TVET Place & Train UTeM@KPT’, adalah satu gerbang kebolehpasaran graduan yang boleh disifatkan sebagai sebuah program bernilai tinggi kerana ianya melibatkan 4 platform utama termasuk JELITA UTeM@KPT. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.