Ikat Nilai Kebersamaan, Perkukuh Solidariti – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengadakan perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin Bahagian seluruh Negeri Pahang, yang diterajui oleh Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, semalam.

Katanya, Retreat Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang di bawah Wan Rosdy adalah bagi mengikat nilai kebersamaan dan memperkukuhkan solidariti di antara kepimpinan untuk menguruskan institusi UMNO di negeri ini.

“Saya ucapkan tahniah kepada semua yang dapat hadir di Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU), Janda Baik selama tiga hari dan semoga segala usaha serta objektif retreat ini tercapai dan diperoleh manfaatnya. Insya-Allah,” katanya dalam hantaran menerusi laman Facebooknya.

Dalam hantaran Facebook Wan Rosdy yang juga Naib Presiden UMNO pula , beliau memaklumkan telah mengiringi Ahmad Zahid ke Majlis Penutup Retreat Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang yang bertemakan ‘Pertahankan Pahang’.

“Semoga retreat ini mencapai matlamatnya untuk UMNO Negeri Pahang terus berdiri teguh serta membawa obor perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air. Bersatu. Bersetia. Berkhidmat,” katanya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.