Sebelum ‘Langkah Dubai’ Pastikan ‘Langkah Rakyat’ Diperkukuh, Bukan Sembang Kosong – Dr Akmal

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Salleh menggesa ahli-ahli politik untuk memperkukuh ‘langkah rakyat’ sebelum memulakan apa-apa langkah sama ada ‘langkah Dubai’ atau ‘langkah London’.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata demikian dalam hantaran pendek menerusi laman Facebooknya.

“Sebelum orang politik nak buat ‘langkah Dubai’ ke, ‘langkah London’ ke, kita kena pastikan langkah rakyat terus diperkukuhkan. Bukan hanya sembang kosong, tetapi habuk pun tiada.

“Jangan sampai rakyat jemu dengan orang politik yang tidak habis-habis berpolitik demi kepentingan diri sendiri

“Masa untuk bekerja kerana rakyat mampu menilai. ‘Meh’ semua turun bantu rakyat yang kena musibah banjir,” katanya.

Terdahulu, dilaporkan terdapat gerakan yang dinamakan ‘langkah Dubai’ untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan dirancang dan didalangi pemimpin pembangkang. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.