Puteri UMNO Pelawa Rakyat Malaysia Sertai Misi Sukarelawan Cuci Kawasan Pasca Banjir

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Puteri UMNO Malaysia mempelawa rakyat Malaysia yang kelapangan untuk menyertai Misi Sukarelawan Mencuci Kawasan Pasca Banjir Negeri Johor yang akan diadakan pada 13 Januari ini.

Bermula seawal jam 8.30 pagi, operasi pembersihan akan dilakukan di Kampung Mensudut Lama, Segamat yang merupakan kawasan di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Buloh Kasap.

Sukarelawan yang berminat boleh menghubungi 0127412055 (Rina), 0139820302 (Nadhirah), 0177866002 (Hanis) dan 0137005405 (Fatin) untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Puteri UMNO pada musim banjir ini giat melakukan gotong-rotong di kawasan yang terjejas akibat banjir yang berlaku khususnya di negeri Pantai Timur.

Terbaharu Ketuanya, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi dan pasukannya ke Jeli dengan menjalankan gotong-royong di sekitar kawasan yang dilanda banjir.

Turut menyertai misi tersebut adalah Sukarelawan Puteri UMNO Kelantan dan Mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang turut sama mengagihkan air minuman bersih kepada penduduk sekitar Kampung Lubok Bongor.

Terkini jumlah mangsa banjir di Johor terus merekodkan penurunan kepada 7,122 mangsa daripada 1,940 keluarga yang ditempatkan di 47 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat pukul 10 pagi ini.

Jumlah itu berkurangan berbanding 7,609 mangsa daripada 2,078 keluarga yang berlindung di 50 PPS pada pukul 8 malam tadi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.