Kestabilan Politik Bantu Kerajaan Madani Lalui Fasa Mencabar Negara – Adzly Manas

KUALA LUMPUR, 11 Jan- Peguam yang juga aktivis politik dan masyarakat, Adzly Ab Manas berpendapat bahawa sepanjang setahun pentadbiran Kerajaan Malaysia Madani ini sebenarnya telah melalui satu fasa yang amat mencabar.

Katanya, kestabilan politik adalah komponen penting bagi memastikan dasar yang telah dirangka Kerajaan Madani dapat dilaksanakan secara konsisten

“Kestabilan dalam politik amat ditagihi dan Kerajaan Perpaduan Madani telah berjaya menumpukan cabaran permulaan ini. Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kini merupakan kerajaan yang dapat mengembalikan kestabilan seterusnya meningkatkan keyakinan pelabur asing.

“Kita jangan lupa bahawa tanpa sokongan penuh ahli-ahli Parlimen yang bermuafakat termasuk dari UMNO di bawah kepimpinan Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi merangkap Timbalan Perdana Menteri, maka sudah tentu kerangka dasar MADANI ini tidak akan dapat dilaksanakan.

“Kepimpinan UMNO dalam kabinet Kerajaan Madani ini terus berganding bahu dan bekerjasama dalam membantu kerajaan memulihkan ekonomi, menangani peningkatan kos sara hidup dan membawa rakyat ke arah kemajuan dan kemakmuran,” katanya.

Seterusnya kata Adzly lagi penerangan berkenaan visi Kerajaan Madani wajib dimaklumkan dan difahami kepada semua ahli dan penyokong-penyokong UMNO di akar umbi.

“Ia adalah selaras dengan cita-cita Kerajaan Madani menuju ke arah masyarakat Malaysia yang adil dan lebih mampan serta lebih tersusun bagi menghadapi gelombang arus masa depan negara yang lebih mencabar.

“Bukan sahaja diciduk atau ditujukan kepada peringkat atasan kepimpinan sahaja, tetapi ia harus diletakkan tanggungjawabnya juga kepada pemimpin-pemimpin diperingkat bahagian dan cawangan UMNO,” ujarnya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.