Ahmad Zahid Harap Kekalkan Momentum Komunikasi Inisiatif Perkhidmatan Kerajaan Kepada Rakyat

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa media dan komunikasi adalah perkara yang penting dalam sistem penyampaian kerajaan.

Justeru beliau yang juga Presiden UMNO merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menekankan berkaitan kepentingan sebuah perancangan media yang berkualiti serta efektif bagi sebuah sistem penyampaian yang terbaik.

Beliau berkata demikian ketika selepas meluangkan masa bersama 50 orang Pegawai Komunikasi dan Perhubungan Awam di bawah KKDW, agensi-agensi serta Lembaga Kemajuan Wilayah yang turut disertai oleh wakil UKK dari Jabatan Perdana Menteri, semalam.

“Saya berharap semua yang hadir dapat terus mengekalkan momentum dalam mengkomunikasikan inisiatif dan perkhidmatan Kerajaan kepada rakyat secara keseluruhannya,” katanya melalui hantaran dalam laman Facebooknya

Kesempatan tersebut beliau aplikasi bagi berkongsi pandangan berkaitan pengurusan persepsi dan komunikasi strategik.

Sebelum itu Ahmad Zahid telah mengadakan mesyuarat Pengurusan Tertinggi KKDW. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.