Ahmad Maslan Turun Padang Ke Kluang Dan Sembrong, Tinjau Jalan Rosak Akibat Banjir

KUALA LUMPUR, 8 Jan – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan meninjau sekitar jalan di Kluang dan Sembrong yang terjejas akibat banjir akibat melanda di kawasan tersebut.

Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata, peruntukan berjumlah RM30 juta diperlukan bagi membaiki kerosakan jalan, cerun dan jambatan yang rosak akibat bencana banjir di negeri ini.

“Turun padang di Kluang dan Sembrong. Kerosakan akibat banjir di pelbagai lokasi perlu dibaiki. Setakat ini anggaran RM30 juta diperlukan untuk negeri Johor sahaja. Peruntukan perlu dicari. Bencana banjir sangat memberi kesan kepada pelbagai pihak terutama rakyat,” katanya menerui satu hantaran di Facebook.

Menurut beliau lagi, 37 lokasi rosak akibat bencana itu telah dikenal pasti dengan Kluang, Mersing dan Kota Tinggi adalah daerah paling teruk terjejas.

Hadir sama adalah Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Ir Mohamad Fazli Mohamad Salleh dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Johor Abu Bakar Abd Aziz.

Jumlah mangsa banjir negeri ini meningkat lagi kepada 7,417 orang daripada 2,061 keluarga yang ditempatkan di 52 pusat pemindahan sementara (PPS), di enam daerah terjejas, setakat jam 10 pagi tadi.

Ia berbanding hanya sejumlah 6,847 mangsa terjejas daripada 1,890 keluarga yang ditempatkan di 51 PPS, di enam daerah terjejas, jam 9 pagi tadi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.