UMNO Rakam Takziah, Ketua Wanita UMNO Seputeh Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR, 6 Jan – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama kepimpinan dan ahli-ahli UMNO mengucapkan takziah kepada keluarga Ketua Wanita UMNO Bahagian Seputeh, Azliza Ahmad yang kembali ke rahmatullah hari ini.
Dalam hantaran di laman Facebooknya, Ahmad Zahid melahirkan rasa dukacita dan menganggap ia satu kehilangan besar buat warga UMNO.
“Dengan penuh rasa dukacita, saya mewakili keluarga besar UMNO Malaysia merakamkan ucapan takziah ke atas ahli keluarga dan para sahabat Almarhumah Azliza Binti Ahmad, Ketua Wanita UMNO Seputeh yang kembali ke rahmatullah hari ini.
“Satu kehilangan besar buat warga UMNO Bahagian Seputeh khususnya institusi wanitanya kerana beliau banyak memainkan peranan yang cukup penting bukan sekadar terhadap organisasi tetapi juga istiqomah menyantuni masyarakat.

“Semoga Allah SWT menerima segala amal baktinya dan menempatkan Almarhumah di dalam kalangan insan solehah serta beroleh Jannah-Nya,” katanya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.