Wanita UMNO Terus Prihatin, Noraini Ziarah Keluarga Kanak-kanak Mati Lemas

KUALA LUMPUR, 4 Jan – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menziarahi waris kanak-kanak yang meninggal akibat lemas di Rantau Panjang.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bertemu dengan keluarga Allahyarham Nor Damia Qaisara Mohd Sabre dan Allahyarham Siti Aisyah Mahzi yang meninggal dunia ketika bermain banjir di sungai Kampung Petai Dusun.

“Malang tidak berbau. Semasa kejadian banjir di Kelantan, dua orang kanak-kanak telah dilaporkan lemas. Kedua-dua mereka terjatuh ke dalam air ketika bermain banjir di sungai Kampung Petai Dusun, Baroh Pial pada 24 Disember 2023 yang lalu. Saya telah menziarahi 2 keluarga kanak-kanak mangsa lemas di Rantau Panjang, Kelantan semalam.

“Kami ke rumah pertama menyantuni keluarga mangsa Allahyarham adik Nor Damia Qaisara Mohd Sabre berusia 11 tahun di Kampung Baroh Pial, Rantau Panjang . Allahyarham adalah anak pertama dari tiga orang adik beradik dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Baruh Pial, Rantau Panjang. Jasad adik Nur Damia Qaisara ditemukan lemas sehari selepas mayat Siti Aisyah dijumpai tidak jauh dari kawasan mereka bermain air.

“Turut menziarahi ahli keluarga Allahyarham adik Siti Aisyah binti Mahzi di Kampung Petai Dusun, Rantau Panjang. Allahyarham juga bersekolah di Sekolah Kebangsaan Baruh Pial dan juga merupakan anak pertama dari tiga beradik. Kedua–dua mereka adalah rakan sekelas yang sentiasa melakukan aktiviti bersama,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Ketika kunjungan tersebut beliau turut sama memberikan bantuan keperluan asas dan mendoakan kesejahteraan kepada ibubapa Allahyarham agar bersabar menempuhi ujian yang melanda tersebut.

Turut sama menziarahi keluarga mangsa ialah Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Dr Maziah bt Che Yusuf, , Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan kebajikan Negara Nordina bt Harun dan Timb Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kebajikan Masyarakat Wan Noraidah Wan Mohd Zain.

Untuk rekod banjir gelombang ketiga di Kelantan sepenuhnya semalam selepas pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To’Deh, Rantau Panjang ditutup pada 3 petang semalam.

Sekretariat Pengurusan Bencana Kelantan dalam satu kenyataan berkata, 26 mangsa banjir yang ditempatkan di PPS yang dibuka pada 16 Disember lalu itu dibenarkan pulang ke rumah mereka hari ini. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.