HAWA ‘Game Changer’ Politik UMNO/BN… Guna Pendekatan ‘Multi-Racial’, Bawa Golongan Profesional

KUALA LUMPUR, 4 Jan – Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga UMNO Malaysia (HAWA) merupakan ‘game changer’ kepada politik UMNO/Barisan Nasional (BN) dengan menggunakan pendekatan ‘multi racial’ dan golongan profesional.

Pengerusi HAWA, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, terdapat kelompongan kepada usaha untuk mendekati golongan profesional dan badan bukan kerajaan (NGO) menjadi asbab utama kepada penubuhan HAWA.

“Presiden pada bulan Mac tahun lalu telah membuat kejutan kerana mengumumkan penubuhan Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga UMNO Malaysia (HAWA) dan saya dilantik sebagai pengerusi.

“Apabila saya menghadap beliau, saya bertanya untuk apa penubuhan HAWA ini? Beliau memaklumkan kepada saya ‘I want HAWA to be the game changer’ sebab kita ada kelompongan untuk menentukan sokongan rakyat kepada kita.

“Jadi, pemimpin parti ada kerja tertentu. HAWA ini perlu keluar. Saya nak cakap awal-awal kita tidak bersaing dengan sesiapa sebab kalau tidak salah saya sekarang ini ada 39 juta pengundi. Mana boleh hanya nak jaga bahagian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberikan ucapan sempena Majlis Doa Selamat Pembukaan Pejabat HAWA di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini.

Menurutnya, tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mewujudkan HAWA ini adalah bertepatan kerana ianya adalah usaha yang padu untuk mendekati rakyat.

“Apa nak jadi kepada NGO, orang perseorangan, akademik, profesional dan civil society? Who is touching them? Inilah bandwave kepada pemimpin utama kita. Datuk Seri Zahid kata, you work with civil society.

“Moving forward, saya dapati bahawa visi dan misi Presiden untuk mewujudkan HAWA memang tepat pada masanya. Sebab dalam sembilan bulan kita turun ke padang, penerimaan NGO masyarakat sivil untuk HAWA, alhamdulilah sangat baik.

“Kami ini orang-orang lama… kita pantang orang bagi amanah kepada kita dan kita tidak jalankan dengan sebaiknya. Insya-Allah dengan HAWA ini, we will do our best. Kami tidak akan hampakan harapan Datuk Seri,” katanya lagi.

Pada Mac tahun lalu Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, UMNO Malaysia (Hawa) ditubuhkan dengan tekad untuk menjadi penghubung yang menyatukan suara masyarakat awam dan para pakar rujuk dari bidang profesional dan akademik untuk melandaskan arah tujunya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.