PADU ‘Game Changer’ Pengurusan Data, Digitalisasi Penghasilan Analitik Berkala – Abdul Razak

KUALA LUMPUR, 3 Jan – Pangkalan Data Utama (PADU) merupakan ‘game changer’ kepada pengurusan data di Malaysia, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.

Jelasnya, ianya merupakan sebuah pangkalan data utama yang selamat dan komprehensif untuk negara.

“PADU merupakan pangkalan data utama negara yang selamat dan komprehensif serta ‘near real time’ bagi digitalisasi penghasilan analitik berkala, menjadi ‘game changer’ buat pengurusan data di Malaysia.

“Hari ini (Selasa) saya hadir bersama kepimpinan Kerajaan Negeri Melaka yang lain ke Majlis Peluncuran Pangkalan Data Utama (PADU) yang telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya,” katanya menerusi hantaran di laman Faecbooknya.

Menurutnya, PADU berperanan untuk mengumpul pelbagai jenis data dan rakyat Malaysia digalakkan mengemaskini maklumat terbaharu mereka.

“PADU mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara serta pemastautin tetap di Malaysia.

“PADU berperanan mengumpul seberapa banyak maklumat sosioekonomi isi rumah, agihan subsidi dan bantuan bersasar dengan lebih berkesan, penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data.

“Rakyat Malaysia boleh mula mengemaskini maklumat anda bagi memastikan maklumat yang terdapat di dalam PADU adalah maklumat terkini di laman sesawang http://www.padu.gov.my,” katanya lagi.

PADU yang dilancarkan itu dijangka dapat mengelakkan ketirisan dalam pemberian bantuan dan subsidi, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, peluncuran PADU adalah sejajar dengan pendekatan transformasi digital negara dan penyasaran semula subsidi dapat dilaksanakan dengan lebih baik.

Malah, katanya, dengan adanya sistem maklumat bersepadu itu akan menjamin bantuan dan subsidi dapat dinikmati mereka yang berhak. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.