Noraini Santuni Veteran UMNO, Hargai Khidmat Mereka Bersama Parti

KUALA LUMPUR, 2 Jan – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, meneruskan politik khidmat bakti beliau dengan menyantuni rakyat setempat di Parit Sulong.

Beliau yang juga ahli Parlimen kawasan itu berkesempatan menyantuni veteran UMNO sebagai perhargaan kepada mereka yang suatu seketika dahulu memainkan peranan penting melaksana perjalanan parti di bahagian ini.

Ketika kunjungan tersebut beliau turut sama mendoakan kesejahteraan kepada mereka serta diberikan kesihatan yang baik.

“Kami meneruskan ziarah kasih ke rumah veteran UMNO dan bertanya khabar di Pekan Semerah.

“Menyantuni mak cik Azaharah Ahmad yang berusia 90 tahun. Kemudian kami singgah di rumah mak cik Barmah Mohd Lisan. Mak cik Barmah pula berusia 91 tahun dan rumah terakhir yang kami singgah adalah rumah pakcik Mohamad Tahir Abbas. Pak cik Tahir berusia 93 tahun.

Allahumma ashfi aba wa ummati minad daai wa qihima makruhal alami wa rafiq bihimaa fil ‘aafiyati. Ya Allah, sembuhkanlah ayah dan ibu kami dari penyakit, hindarkanlah mereka dari kesakitan yang tidak disukai, dan berilah kelembutan pada mereka dalam keadaan sihat,” doa beliau.

Noraini dalam pada itu turut sama melakukan ziarah kasih di beberapa rumah penduduk setempat yang berhadapan ujian kesihatan.

Beliau juga menyampaikan bantuan keperluan asas bagi meringankan beban mereka.

“Kami berkesempatan juga menziarahi Hasanah Marop, ibu Suzie yang baru sahaja keluar hospital di rumah mereka di Semerah.

“Kemudian kami juga menziarahi Nuraiman Norazam, anak Azam, Ketua Cawangan Danasari yang terlibat di dalam kemalangan baru-baru ini.

“Semoga diberikan kesembuhan dan kekuatan buat kedua-duanya. Semoga cepat sembuh dan sihat seperti sediakala serta dipermudahkan segala urusan,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.