Syukur Pelbagai Inisiatif Untuk Rakyat Johor Dapat Dilaksanakan Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 28 Dis – Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi meluahkan kesyukuran kerana tahun 2023 yang bakal melabuhkan tirai ini, pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan demi rakyat negeri itu.

Ujar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor itu dalam satu hantaran di akaun X, beliau berdoa semoga Allah SWT terus memberkati dan merahmati negeri Johor bagi tahun 2024.

“Menjunjung kasih kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar atas segala nasihat dan bimbingan yang diberikan demi memastikan pentadbiran negeri Johor terus diperhebat dalam memacu Agenda Maju Johor 2030.

“Menjunjung kasih Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor atas segala tunjuk ajar, motivasi dan inspirasi yang diberikan bagi memacu kemajuan negeri Johor,” ujarnya lagi.

Tambahnya lagi, beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua barisan Exco Kerajaan Negeri, pegawai daerah, Datuk Bandar, Yang Dipertua Majlis Daerah, ketua jabatan negeri dan persekutuan serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

“…pemimpin-pemimpin masyarakat, dan seluruh Bangsa Johor yang bersama-sama dalam menjayakan agenda Maju Johor kerana ia hanya dapat direalisasikan dengan bantuan, kerjasama dan sokongan semua pihak,” katanya.

Dalam pada itu, Onn Hafiz turut mengucapkan selamat tahun baharu 2024 kepada semua. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.