Pusat Rekreasi Bandar Penawar Fokus Fasiliti Kesihatan Untuk Warga Emas

KUALA LUMPUR, 28 Dis – Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said terus memberikan khidmat bakti beliau untuk rakyat di kawasan ini.

Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia berkata pelbagai program kebajikan dan pembangunan dilakukan untuk manfaat penduduk di Pengerang.

Malah yang terbaharu beliau memaklumkan pembukaan Pusat Rekreasi Bandar Penawar yang memberi fokus kepada golongan umur 60 tahun dan ke atas.

Menurut beliau, pelbagai kemudahan gim bersesuaian yang disediakan khas dan untuk kelompok umur berkenaan.

“Saya selaku Ahli Parlimen menyediakan rakan aktif Parlimen Pengerang dekat stadium bandar Penawar, dengan mewujudkan satu Pusat Rekreasi Bandar Penawar khas direka untuk orang umur 60 tahun ke atas sebab dia pakai sistem isometric,” katanya menerusi satu hantaran video di Facebook.

Terdahulu menerusi hantaran berbeza beliau menganjurkan Gunting Rambut Percuma 2.0 Parlimen Pengerang yang bermula sejak 21 Disember hingga 31 Januari sebagai persediaan kepada pelajar yang akan memulakan sesi persekolahan pada awal Januari.

Menyasarkan pelajar sekolah rendah dan menengah dalam kalangan B40 ianya melibatkan kerjasama daripada penggunting rambut di sekitar kawasan Parlimen tersebut.

Menurut Azalina program seumpama ini bukan hanya membantu para pelajar untuk menerima servis potong rambut percuma, bahkan menjana pendapatan buat para penggunting rambut. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.