Dira Terus Khidmat Bakti Di Rim, Kebajikan Rakyat Jadi Keutamaan

KUALA LUMPUR, 28 Dis – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar meneruskan politik khidmat bakti beliau kepada rakyat di kawasan ini.

Menerusi perkongsian di Facebook, Khaidhirah yang lebih dikenali sebagai Dira baru-baru ini berkesempatan melihat sendiri Dewan Terbuka Chohong, Jasin yang telah siap pembinaannya.

Katanya, sudah tentunya dengan adanya dewan seumpama ini akan dimanfaat untuk pelbagai program membabitkan rakyat setempat.

“Saya berpeluang untuk turun sendiri ke Dewan Terbuka Chohong yang telah pun siap pembinaannya. Projek ini adalah perintis kepada pusat aktiviti dan tumpuan bagi orang sekitar Chohong untuk beraktiviti.

“Saya yakin dan percaya dengan siapnya Dewan ini, ianya mampu menjadi tempat perkumpulan masyarakat untuk beriadah dan berprogram.

“Dewan ini juga berada di dalam satu kawasan yang sama dengan Gelanggang Futsal Chohong yang hampir juga dijadualkan siap dalam masa terdekat. Semoga ianya memberi impak yang baik untuk penduduk di sekitarnya,” katanya.

Dira yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Jasin dalam pada itu sempat bersama pada Kejohanan Futsal Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim di Gelanggang Futsal Kemendor.

Menurut beliau, program seumpama ini membuka peluang kepada bakat baharu yang berpotensi dalam acara seperti ini untuk berada di persada sukan lebih tinggi.

“Banyak bakat-bakat baharu muncul apabila saya anjurkan Kejohanan Futsal DUN Rim di Gelanggang Futsal Kemendor hari ini. Melaka dahulunya memang dikenali sebagai kuasa besar bagi arena futsal kebangsaan dengan pernah menjuari Liga Futsal Kebangsaan pada tahun 2018 dan banyak melahirkan pasukan berkelas kebangsaan seperti Bertam Ulu FC dan Bukit Rambai FT.

“Tahniah kepada pemenang-pemenang di mana Juara Futsal Piala DUN Rim adalah TMFC B diikuti tempat kedua Seri Kesang FC dan Layan FT mendapat tempat ketiga.

“Insya-Allah sekiranya pasukan ini didedahkan dengan pelbagai kejohanan pastinya bakat futsal DUN Rim mampu menggegarkan negeri Melaka seterusnya Malaysia,” ujar beliau.

Dalam pada itu, musim cuti persekolahan ini dimanfaatkan sepenuhnya Dira untuk menganjurkan majlis berkhatan bagi anak-anak sekitar Rim.

Menurut Dira, pelbagai ragam yang mencuit hati dilihat beliau sepanjang majlis berkhatan itu berlangsung.

“Alahai pelbagai gelagat anak-anak DUN Rim yang sertai Program Jom Berkhatan pagi ini di SRA Jaim Kg Rim. Ada yang nangis, ada yang kaku dan ada juga yang dialihkan perhatiannya dengan tengok kartun di youtube, yang penting selesai.

“Tahniah kepada anak-anak yang telah berkhatan pada hari ini, anda semua telah pun menginjak ke alam ‘dewasa’. Sesungguhnya, Menurut Imam Shafie, Imam Malik dan al-Auzai serta lain-lain berkhatan atau bersunat ini merupakan wajib bagi seseorang yang bergelar Muslim.

“Ianya adalah keperluan dalam asas kebersihan diri sebagai lelaki. Semoga anak-anak yang sertai program ini terus menjadi anak soleh dan berbakti buat keluarga dan masyarakat,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.