Ahmad Zahid Ucap Selamat Hari Krismas Kepada Penganut Kristian

KUALA LUMPUR, 24 Dis – Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan Selamat Hari Krismas 2023 buat semua rakyat khususnya penganut agama Kristian di seluruh negara.

Katanya, sambutan ini memberikan manifestasinya yang tersendiri terutama kepada keharmonian dalam kalangan rakyat.

Beliau dalam pada itu, menasihati orang ramai yang akan pulang ke kampung bagi supaya berhati-hati dan mengutamakan keselamatan.

“Semoga dengan kemajmukan dan kepelbagaian yang wujud ini dapat terus menjamin keamanan, memangkin kemakmuran dan menjalin perpaduan sesama kita rakyat Malaysia.

“Buat mereka yang akan pulang ke kampung halaman, berhati-hatilah semasa memandu agar selamat tiba di rumah bersama keluarga tercinta,” katanya.

Terdahulu, kerajaan bersetuju memberikan tol percuma selama dua hari pada 23 dan 26 Disember kepada pengguna lebuh raya bagi semua jenis kenderaan bersempena dengan perayaan Hari Krismas.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan yang berkata langkah itu juga selari dengan hasrat Kerajaan Perpaduan dalam membantu meringankan beban rakyat yang merentasi kepelbagaian agama, kaum dan kepercayaan. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.