Azalina Laksana Khidmat Bakti Berterusan Untuk Rakyat Pengerang

KUALA LUMPUR, 22 Dis – Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said meneruskan politik khidmat bakti beliau kepada rakyat di kawasan ini.

Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia berbesar hati melakukan Ziarah Kasih Parlimen Pengerang ke rumah penduduk setempat yang kurang bernasib baik dengan menyampaikan bantuan.

“Selaras dengan program Ziarah Kasih Parlimen Pengerang, saya telah bawa sedikit aturan sumbangan keperluan harian dan makanan untuk 578 warga Pengerang yang memerlukan.

“Semoga sedikit sebanyak dapat membantu,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Sementara itu menerusi hantaran berbeza beliau berkongsi kehadirannya ke Majlis Makan Malam Khidmat Komuniti Parlimen Pengerang P.157.

Majlis tersebut adalah bagi meraikan ukhuwah yang terjalin di antara pasukan Parlimen Pengerang dengan agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO) yang bersama memainkan peranan dalam melaksanakan kerja kebajikan terhadap rakyat.

Tidak dilupakan, pada majlis tersebut juga Azalina menyampaikan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Teamwork sangat penting dalam apa jua yang kita mahu buat. Kerja berpasukan efektif. Sepanjang tahun ini, kerjasama erat dan kesefahaman yang terbentuk antara team Parlimen Pengerang dengan agensi kerajaan, institusi pendidikan, NGO dan wakil masyarakat di sini telah membolehkan pelaksanaan pelbagai inisiatif dengan jayanya.

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua di kawasan Parlimen Pengerang atas usaha dan komitmen yang telah diberikan.

“Saya juga telah mengaturkan sedikit sumbangan dan peruntukan untuk semua yang terlibat. Teruskan aktiviti dan kerjasama selain memastikan golongan yang memerlukan dibantu sebaiknya. Sama-samalah kita kekalkan momentum ini bagi tahun-tahun akan datang,” ujar beliau.

Dalam pada itu, menerusi hantaran terbaharu beliau berkata di Pengerang, pihaknya melaksanakan gerak kerja yang menyeluruh dalam membantu rakyar termasuk membantu pengusaha kecil yang menjalankan perniagaan.

“Adakalanya bantuan yang diaturkan, kita cuba pastikan win-win untuk semua pihak. Selain keluarga yang memerlukan dapat bantuan, kita juga pastikan ia memanfaatkan pengusaha kecil.

“Di Kg Felda Adela hari ini melancarkan program untuk kembali ke sekolah nanti, menyediakan khidmat gunting rambut untuk murid-murid melalui para pengusaha kedai gunting rambut tempatanm,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.