Keputusan PRK Kemaman Tidak Akan Rencat Perjuangan UMNO Khususnya Di Sabah – Suhaimi Nasir

KOTA KINABALU, 8 Dis – Kekalahan calon Barisan Nasionl (BN) yang di wakili oleh Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor di tangan calon Pas dalam Piliha Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman pada 2 Disember lepas tidak akan merencatkan kekuatan serta semangat perjuangan UMNO.

Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir berkata UMNO akan terus istiqamah dalam menerus dan menggalas tanggungjawab yang diberikan untuk memperkukuhkan parti khususnya di Sabah.

“Keputusan PRK di Kemaman bukanlah menjadi kayu ukur terhadap dakwaan pihak lawan kononnya UMNO sudah ditolak oleh rakyat termasuk di Sabah.

“Justeru jika ada pihak yang menganggap kekalahan BN/UMNO di PRK Kemaman sebagai petanda keruntuhan parti keramat UMNO dan disarankan ‘tutup kedai’ maka itu hanya persepsi yang berniat jahat untuk mencermarkan institusi UMNO,” katanya.

Suhaimi yang juga Ketua UMNO Bahagian Libaran berkata demikian ketika diminta mengulas berkaitan dakwaan yang ditularkan melalui media sosial antaranya ‘Majoriti bertambah menjadi lebih 30k, apalagi diharap pada UMNO? Tutup kedailah’, ‘Bung Moktar meroyan di Sabah, partinya di Semenanjung tinggal tutup kedai’ dan ‘Melayu tolak UMNO, apa lagi di Sabah’.

Menurut Suhaimi beliau maklum berkaitan hal terbabit namun menganggapnya sebagai tulisan toksid yang tidak memberikan impak terhadap kekuatan UMNO khususnya di Sabah.

“Saya ada baca tapi saya anggap ini hanya tulisan toksid, yang kurang ‘like’ dan komen, mungkin ini cara mereka menulis untuk cari makan, namun jika kita biarkan kita dayus dan akan menimbulkan persepsi negatif kepada pembaca khususnya ahli-ahli UMNO yang setia dalam perjuangan,” tegasnya.

Bidas Suhaimi, jika UMNO Sabah sudah kehilangan sokongan atau diibaratkan ‘tutup kedai’, ianya sudah berlaku sebelum ini apabila segerombolan pemimpin UMNO termasuk beberapa Ketua Bahagian di Sabah menyertai Bersatu dan melompat ke PGRS.

“Tindakan mereka ini tidak dapat meruntukan kubu UMNO di Sabah apabila Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin dan beberapa pemimpin lain yang berpegang kepada perinsip serta setia kepada perjuangan iaitu terus mengemudi UMNO Sabah sehingga satu bahagian pun tidak ada yang dibubarkan.

“Bukan orang lain yang mewarisi budaya lompat melompat ini malah mereka tidak menentukan UMNO Sabah itu bubar atau sebaliknya, tapi ianya ditentukan oleh seluruh ahli UMNO Sabah, kita orang yang berprinsip dan setia dalam perjuangan,” tegas Suhaimi.

Menurut Suhaimi seperkara yang tidak akan luput dari sejarah ialah keterbukaan pemimpin-pemimpin UMNO yang diketuai oleh Bung Moktar selepas PRN ke-16 tahun 2020 yang bersetuju menyokong PGRS sehingga terbentuknya kerajaan dan Datuk Seri Hajiji Noor diangkat menjadi Ketua Menteri.

“Tanpa keterbukaan dan keikhlasan UMNO memberi sokongan tidak mungkin kerajaan Sabah yang ada pada hari ini akan dapat dibentuk, malah di peringkat pusat pun UMNO/BN mendukung kepada pembentukan Kerajaan Perpaduan selepas PRU ke-15.”

Dalam pada itu Suhaimi pihak lawan agar tidak menyibuk hal parti orang lain.

“Ini rumah kita, kita akan jaga, mereka jagalah rumah sendiri tetapi yang paling penting rakyat Sabah yang sehingga kini masih berhadapan dengan pelbagai krisis kehidupan ekonomi termasuk kemudahaan prasrana iaitu bekalan air, jalan raya, elektrik yang belum tuntas dan mesti segera diselesaikan oleh kerajaan,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.