Kerajaan Madani Tampil Langkah Strategik Tingkatkan Kesejahteraan Rakyat – UMNO Siswa

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Presiden UMNO Siswa, Wan Muhammad Zuhir Ghazali berkata sepanjang setahun pentadbiran Kerajaan Madani, langkah strategik telah diambil untuk menyusun kembali pentadbiran dalam usaha meningkatkan kesejahteraan penduduk terutamanya individu yang terjejas dari segi ekonomi ekoran kesan pandemik.

Jelasnya, ia kelihatan dari arah demokrasi sosial terutama sekali dalam mengukuhkan pelaburan, perniagaan, perusahaan kecil mahupun yang sederhana.

“Kerajaan Madani sedang cenderung ke arah pendekatan sosio-demokrasi, mengutamakan peningkatan pelaburan, perniagaan, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Usaha sebegini memerlukan pengukuhan inisiatif seperti pelaburan, perniagaan dan PKS untuk mewujudkan pekerjaan di tengah-tengah kemerosotan ekonomi dunia yang semakin menggelegak.

“Penstrukturan semula ekonomi memberi penekanan kepada PKS serta projek mampan. Strategi kerajaan melibatkan penyusunan semula ekonomi untuk mengutamakan pertumbuhan PKS, dan bukannya memihak kepada syarikat besar.

“Sebagai sebahagian daripada rancangan ini, direalitikan juga hasrat menubuhkan pusat luar bandar dan hab universiti untuk penyelidikan dan pembangunan dalam Pertanian 4.0 serta inovasi pertanian lain. Agenda itu termasuk projek seperti pelaksanaan ladang solar dan angin berskala besar, terutamanya di kawasan miskin,” katanya kepada UMNO Online, di sini.

Dalam masa yang sama kata Zuhir lagi, Kerajaan Madani dilihat sedang melaksanakan pendekatan mengelakkan jurang perbezaan kekayaan bagi menggalakkan masyarakat mendapat yang lebih adil.

“Saya juga dapati hasrat ini sedang dilaksanakan atas agenda untuk mewujudkan masyarakat yang adil dengan menangani jurang kekayaan. Bagi menggalakkan masyarakat yang lebih adil, kerajaan sedang melaksanakan langkah-langkah untuk menangani ketidaksamaan kekayaan.

“Untuk jangka masa segera, Kerajaan Madani memperkenalkan undang-undang untuk menetapkan gaji minimum yang menjamin kestabilan ekonomi untuk semua orang. Di samping itu, reformasi cukai sedang dilaksanakan untuk menyelaraskan sistem dengan cara yang sistematik,” katanya.

Tambah Zuhir, kemajuan yang bakal kecapi ini bukanlah untuk diri sendiri semata-mata, namun demi untuk anak cucu pada masa akan datang.

“Marilah kita bersama-sama berganding bahu untuk membangunkan negara ini menjadi sebuah negara yang hebat di mata dunia. Selamat Ulang Tahun Kerajaan Malaysia Madani yang pertama,” jelasnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.