Demi Keselesaan Rakyat, Sebuah Balai Bomba Perlu Dibina Di Daerah Kecil Menumbok – Siti Aminah

MENUMBOK, 28 Nov – Daerah kecil Menumbok memerlukan sebuah balai bomba dan penyelamat bagi mempercepatkan kerja memadam sekiranya berlaku kebakaran atau perkara diingini.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) Datuk Siti Aminah Aching berkata, walaupun terdapat sebuah balai bomba di daerah Kuala Penyu namun jarak perjalanan antara daerah itu ke daerah kecil Menumbok memakan waktu yang lama kerana jaraknya jauh menyebabkan usaha pantas untuk membantu sekiranya berlaku musibah gagal dilakukan.

“Sebilangan rumah penduduk tempatan di sini dibina berdekatan sebahagianya dibuat dari papan seperti di Kampung Laut Menumbok dan apabila berlaku kebakaran api cepat merebak, jika kita ada balai bomba di sini maka usaha awal dapat dilakukan bagi mencegah api merebak ke rumah lain,” katanya.

Menurut Siti Aminah yang juga Ahli Parlimen Beaufort beliau akan memohon kepada kerajaan khususnya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk membina sebuah balai bomba di daerah kecil Menumbok .

“Sebuah balai bomba paling tidak balai bomba mini perlu ada di daerah ini selain jaraknya jauh dari daerah Kuala Penyu, keadaan sebilangan rumah penduduk didirikan berdekatan dan pertambahan jumlah penduduk semakin meningkat, maka pembinaan balai bomba ini merupakan satu keperluan mendesak bagi penduduk di kawasan ini,” katanya.

Dalam pada itu Siti Aminah berharap komuniti setempat khususnya Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan kampung di kawasan masing-masing dapat menubuhkan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) bagi menghidupkan kembali amalan kesukarelaan dalam kalangan masyarakat bukan sahaja untuk kes-kes kebakaran namun boleh diguna pakai untuk kes-kes kemalangan yang lain.

“Kerajaan menggalakkan penubungan (PBS) di setiap kampung selain fungsinya menggerakkan persiapan awal menangani kebakaran sebelum jentera tiba di lokasi, ianya juga dapat memupuk semangat kesukarelaan dan kerjasama di kalangan penduduk setampat,” katanya.

Terdahulu dari itu Siti Aminah yang diringi oleh Penolong Pegawai Daerah kecil Menumbok Abdul Karim Zahari dan kakitangan Pusat Khidmat Parlimen Beaufort serta pemimpin masyarakat tempatan turut menziarahi lima keluarga yang terlibat dalam kebakaran rumah minggu lalu di kampung Menangah di sini.

Dalam kejadian tersebut sebanyak lima buah rumah berhampiran musnah dalam kebakaran tersebut namun tiada kemalangan nyawa dilaporkan.

Bersimpati dengan nasip yang menimpa lima keluarga ini, Siti Aminah memberikan sokongan moral agar mereka tabah dan bersabar menerima dugaan tersebut seterusnya menyampaikan sumbangan peribadi bagi meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga yang terlibat. – UMNO Online

Oleh: Jaafar Wahid

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.