UMNO Lahad Datu Terus Perjuangkan Hak Rakyat, Cegah Ketirisan Penempatan PPR Sapagaya

LAHAD DATU, 23 Nov – Ketua Bahagian UMNO Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul menempelak usaha pihak tertentu yang cuba menidakkan hak penduduk setempat dalam penempatan nama penyewa di Program Perumahan Rakyat (PPR) Sapagaya.

Katanya, desas desus dari sumber yang dipercayai memaklumkan bahawa terdapat campurtangan pihak luar dengan menggunakan kedudukan politik bagi menukar nama mereka yang telah layak mendapat penempatan di PPR terbabit.

“UMNO sangat dekat dengan masalah rakyat dan akan sentiasa mengikuti perkembangan urusan PPR Sapagaya dari masa ke semasa..UMNO memgingatkan bahawa jika terdapat ketirisan dan pilih kasih,maka UMNO akan membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.

Jelasnya, difahamkan bahawa nama yang sudah dimuktamadkan dengan nama kroni politik pemimpin tertentu telah menyebabkan kerisauan dikalangan penyewa yang sudah bersedia untuk menduduki rumah PPR berkenaan.

Bidasnya, tindakan sedemikian disifatkan sebagai ‘kerja kotor’ yang keji.

Menurut Sharif Musa, fasa satu urusan penyewa telah selesai dengan 106 penyewa telah dipanggil bagi cabutan Lot kediaman tersebut.

Namun, katanya, bagi 304 lagi kediaman akan melalui proses yang sama dan nama penyewa telah tersedia melalui proses lebih awal sebelum ini.

“Namun sudah terdengar cubaan untuk menukar dan menyenaraikan penyewa yang terdiri dari penyokong politik pihal lain sedangkan ianya bertentangan dengan apa yang telah dirancang.

“Sepatutnya tidak timbul lagi perubahan nama penyewa terbabit kerana proses pemilihan dan tapisan telah lama berjalan,” katanya.

Beliau berkata UMNO Lahad Datu komited mempertahankan hak dan kebenaran setiap anak jati Lahad Datu.

Dalam pada itu, Sharif Musa berkata proses Fasa 2 untuk semua penyewa diharap akan menjadi satu urusan yang adil dan bertanggungjawab sesuai dengan tujuan pembinaan PPR bagi membantu mengurangkan tekanan hidup masyarakat yang terpaksa menyewa rumah dalam kadar yang sangat mahal. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.